Assalamualaikum.
Hai :)
Aku selalu dengar,selalu terbaca ayat ni,"Orang yang cintakan kita akan terima kita seadanya." atau "Kalau kita cintakan seseorang kita kena terima dia seadanya".(sama jela kan maksud dua2 ayat tu,sila ketawakan aku sekarang.lol)
Korang pun mesti pernah dengar kan.Tapi pernah korang rasa yang ayat tu macam ada yang tak kena? Macam tak boleh diapplikasikan sangat dalam realiti kehidupan.sebab apa?
Let me give you some example girls.
Korang cintakan sangat one boy ni,i mean truly inlove,tak kan sebab cintakan sangat korang tak boleh langsung nak nasihatkan dia untuk jadi lebih baik.yela,takut orang kata korang cuba nak ubah si dia.this is so funny.lol.
Dia smoking,tapi sebab korang rasa korang tak patut ubah dia,(perasaan ni datang bila korang terbaca quote diatas) korang langsung tak nasihat dia supaya berhenti merokok.korang langsung tak pernah suruh dia kurangkan merokok and kalau boleh berhenti terus.*i cintakan dia seadanya* what?!
Dia malas nak belajar,suka main-main,and tak ada inisiatif untuk memajukan diri.Tapi sebab korang,si gadis yang sangat cintakan lelaki itu,korang diamkan aje,tak nasihat langsung or bagi semangat untuk dia berubah.*Tak apa,i cintakan dia,i terima dia seadanya,walaupun nanti dia malas nak kerja,xpe,i kan ada,i boleh kerja sungguh2 supaya nanti hidup kami senang* what?!
BF/tunang/suami korang tak menjalankan tanggungjawab kepada Allah s.w.t dengan sempurna.amik mudah soal solat,puasa dan yang lain2.Tak kan korang langsung tak boleh nak tegur sebab korang cintakan dia seadanya? Bukan dalam hidup ini kita kena saling ingat mengingati ke? Kan lagi bagus kita sama2 boleh mengingati satu sama lain sebab aku,korang,bukannya sempurna.
Ok ini untuk boys pulak ye :)
GF,tunang,isteri korang tak menutup aurat dan suka mengumpat.*contoh*.Tapi sebab terima seadanya,korang tak boleh nasihat langsung.ye aku faham,mesti ada antara korang akan cakap macam ni,"masa aku kenal dia,dia memang macam tu,aku kenalah terima."Dulu ye,memang aku fikir macam tu,tapi bila makin dewasa,cara pemikiran aku pun berubah,aku rasa tak salah kalau kita nak ubah orang yang kita sayang jadi lebih baik.tak salah.cuma janganlah terlalu mendesak.
Benda yang tak boleh ubah ni macam,ketinggian dia ke,warna kulit ke,atau makanan kegemaran dia."Eh,u ni rendah sangatlah,boleh tak u tinggi kan sikit badan u tu?" "U ni suka sangat makan mee goreng,u jangan makan mee goreng lagi boleh tak sebab u tahu kan i tak suka mee" Kalau boyfriend/girlfriend korang cakap macam tu,memang what-so-ever lah kan.
Untuk boys ni aku bagi contoh satu jelah eh.Harapannya korang faham apa yang aku cuba sampaikan. :)
So,korang tak rasa ke ayat kat atas tu perlu diubahsuai sikit,mungkin macam ni,
"Memang kalau kita cintakan seseorang kita kena terima dia seadanya,tapi adakalanya tak salah untuk merubah dia menjadi lebih baik" vise versa.
Minta maaflah kalau ada yang tak puas hati dengan entry ni.Betulkan aku kalau aku silap.
SEMOGA CINTA INI SAMA-SAMA MENJADIKAN KITA LEBIH BAIK.
Selamat petang. :)
aku tak ingat dah amik gambar ni dari mana.so kredit to :google